CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, January 15, 2010

Salam Tahun Baru

Selamat Tahun Baru kepada semua yang ada membaca blog yg dah lama aku sepikan ni.
masih belum terlambat rasanya aku nk ucapkan selamat tahun baru kepada semua. lagipun masih dalam bulan Januari. meh aku nak ceritakan sedikit tentang 2 perkara yang telah berlaku kat aku sepanjang bulan Januari yang baru menjengah ni. klu bulan Januari ni jadi cermin untuk sepanjang tahun 2010 ni, aku rasa tahun ni masa depan aku memang gelap.

trajedi Januari pertama-

- Pada 1 Januai, malam tu aku bercadang aku nak bt seprais p melawat kawan2 aku kat USM. tapi malangnya OTW tayar moto aku pancit. lebih malang lagi tayar moto aku pancit tengah2 highway. lagi malang apabila aku keluar ja dari highway cari kedai repair tiub motor semua dah tutup. so pening la aku kt situ(time tu aku berada di batu kawan) tak tau nak blik camna. time moto aku pancit tu dalam pkul 9. tapi akhirnya dekat kul 12 tengah malam bru aku jumpa org repair. itu pun aku bernasib baik apabila aku call pak cik aku, dia tau org yg boleh tolong. tp bayangkanlah 2 jam lebih aku tersadai tepi jalan. last2 aku kensel p penang, blik tu aku terus p karaoke ngn member aku. time aku nak balik plak dalam kul 2 pg lebih, sekali lagi moto aku tu pancit. nasib bek la dah dekat ngn rumah. klu tak memang malang bertimpa-timpa la aku.

- trajedi Januari kedua

minggu kedua bulan 1 (lupa plak tarikh dia). rumah sewa aku kat KL ni telah kena rompak dengan jayanya. antara barang yang hilang ialah, surat khabar lama, surat khabar lama, dan juga surat khabar lama. huhuhu!!
cerita kejadian adalah begini:

Time tu aku baru balik kerja, tetiba ada sorg mamat datang kat aku tanya ada tak paper lama nak DIJUAL!! aku pun dengan sukarelanya tanya member umah yang sorg ni samada nak jual @ x. for your information, surat khabar kat umah sewa aku tu memang banyak. bertimbun2 setinggi almari baju. berikut adalah butir2 perbualan antara aku, mmber umah aku tu dengan mamat perompak tersebut-

Aku@ member aku: abang kira macamana ni, bang?

perompak: kami kira ikut jengkal, dik. 1 jengkal singgit. ni abang kira ya. 1...2...3............9 jengkal lebih sikit. xpelah, abang kira 10 jengkal je lah. jadi 10 ringgit la ya!tapi abang angkut turun bawah dlu ya. japgi dalam 15 minit abang antr duit. xpa, bro jgn takut. saya pun org melayu. saya tak tipu punya. klu org melayu tak tolong org melayu sapa lagi, kan. ni abang ingat ni, apa no rumah ni? ha no 16-2-14. japgi abang dtg antr duit ya, jgn risau.

aku@ member aku: xpe2, bang! kami tunggu.

selepas dialog tu, kami pun tunggu la mamat tu antr duit. minit berganti minit, hari berganti hari, sampai arini duit surat khabar tu lesap. tp bagus gak, skrg rumah aku tu tak la bersepah dengan surat khabar lama dah. xkisah la ngn 10 inggit tu!!

moral of cerita Januari aku, jgn gatal2 nak bt seprais tak tentu pasal n jgn percaya kat sesapa pun terutama org yg suka bermain politik menggunakan nama Melayu..hahaha

Saturday, January 2, 2010

selamat tahun baru

selamat tahun baru kepada semua. dah lama aku xstory kat sini, amat rindu rasanya. tapi apakan daya, keadaan membuatkan aku lebih banyak menyepi kini. tapi tapa, yang penting aku masih disini dan masih seperti dulu. semoga tahun baru memberikan iltizam baru, harapan baru, semangat baru dan cahaya hidup baru kepada semua orang.

masuk sahaja tahun baru, perkara pertama yang aku terpikir dan membuatkan aku gelisah adalah umur aku. masuk tahun 2010 umur aku dah 24. rasa cepat sangat masa berganjak. aku masih tak puas merasa umur 12.

tapi berita gembira pertama yang aku terima pada tahun baru adalah bila adah dah dapat kerja. tahniah adah jangan lupa belanja aku..huahua!!!

selamat tahun baru semua kawan-kawan aku, klu buat reunion jagan lupakan aku..

daaaaa.....jumpa lagi!!!!

Wednesday, November 4, 2009

KAK MONA.... TOLONG BENARKAN SAYA MELAWAT BLOG KAK MONA!!!!


p/s- kepada sesiapa yang terbaca entry aku ni, sila further kat kak mona ya!!!

Samba Reeemmbaaa...

kenapa????
kenapa nak persoalkan aku??
kenapa nak persoalkan status aku??
kenapa nak persoalkan status single aku??

apa salahnya aku??
apa salahnya orang macam aku??
apa salahnya orang yang macam aku??

kenapa??
kenapa setiap kali??
kenapa setiap kali aku mendekati perempuan??
kenapa setiap kali aku mendekati perempuan, aku dituduh??
kenapa setiap kali aku mendekati perempuan, aku dituduh cuba merampas??


mana??
keadilan??
mana keadilan??

walhal, bila...
bila...
walhal, jika aku baik dengan lelaki,
bila aku berbaik dengan lelaki, aku dituduh songsang??


apa salahnya prinsip aku??
apa salahnya prinsip yang aku pegang??

adakah aku yang kekal single salah di sisi masyarakat??
masyarakat mana??


untuk orang yang pernah persoalkan status aku, sila persoalkan status anda dahulu...
walaupun kamu tak single, mampukah kamu nak bawa anak dara orang ke jalan yang betul???
apa yang kamu buat semasa dating???
apa tujuan kamu bercinta...


untuk pasangan kapel murahan, yang bercinta ntah atas apa alasannya... sedarlah, klu aku nak bercinta cara kamu, kapel aku dah bersepah2...cumanya, aku tak pilih kapel murahan macam kamu...

cit poodah!!!


waaa...dah lamanya tak update blog kesayangan aku ni...


huwarghhhhhhh(mengeliat).......aduih..., aduih..., tetiba lak badan kejang(orang utara panggil tarik mengkarung)...

begitu la situasi aku sekarang tat kala waktu pagi nan hening untuk pegi bekerja...

eh lupa lak, dok syok2 taip, lupa lak nak greetings....

asalamualaikum peminat-peminat aku semua(aku ada peminat ka...???)

dalam entry terlatest aku kali ini, aku betul2 nak share ngn korang rasa hati aku yang latest...

bukan rahsia hati aku dilamun cinta, bukan mak soh balik kawin, bukan nak dapat duit 2 juta euro, tapi pengalaman aku yang dah mula malas nak p kerja...

semakin hari, semakin sukar rasanya hati aku ini nak melangkah kaki p kerja..

sekarg antara topik hot persembangan kitorang dalam rumah sewa aku tu ialah bila la nak dapat kerja baru, kenapa la kami dpat kerja yang hampeh macam ni...

nak share ngn mmber2 rumah, semua sama ja sekarang.... semua 1 rumah tak tahan ngn kerja masing2... antaranya, ada yang kena jadi babu dengan majikan, dah balik rumah, lepas waktu pejabat kena panggil datang kerja balik...ada yang colleague tak puas hati...hmmmm!!!! n aku, baca sendiri kat bawah ni...


sebenarnya dilema yang aku hadapi sekarang ialah, aku tak tahan lagi nak kerja sebab aku amat tak tak tahan mengantuk...

bila aku cerita kat orang kenapa aku nak benti, n aku gtau reason yang sebenarnya itu, orang ramai pasti gelak...

ya, but it is the true....aku dah tak tahan mengantuk kerja kat situ...

bayangkanlah sendiri, klu 8 jam masa bekerja asyik terperap kat kerusi, xdak aktiviti fizikal langsung...

perut aku pun sekarang dah makin boroi tau x...

ditambah pula dengan gaji ciput yang aku dapat, memang tak berbaloi rasanya aku bekerja kat tempat ni...tambahan lagi dengan tahap keborosan aku yang agak melampau adanya, gaji yang aku terima dari kompeni bakhil ni memang amat tak mencukupi...

aku yakin, klu aku masih bekerja kat kompeni ni lagi tahun depan, maknanya sampai ke tua la aku xleh pakai kereta....merasa naik kereta jenazah je la...


dengan alasan:
-gaji amat ciput, dapat cukup2 makan ja,
-kompeni kedekut, bg gaji sikit,
-kerja bosan, aku tidor 8 jam pada waktu malam pun, masa kerja masih lagi mengantuk macam tak tidor seminggu,
-kerja tak best, tak popular,

korang rasa patut x aku benti kerja dengan segera????

sori klu entry aku yang secara tetiba setelah agak lama aku tak melayangkan entry ni agak emo...

tp begitu lah keadaan aku sekarang...amatttttttt emo!!!!

nak g kelas LHP456 dulu pun xrasa semalas ni....

tp sekarang aku sedang berusaha mencari kerja yang baru....tolong doakan aku dapat kerja dengan gaji yang setimpal dengan kerja dan kelayakan aku, n yang paling penting, jangan bosan tahap GABAN......


*kredit to Anuni coz byk bg info kat aku klu de kje kosong...

sekian sahaja entry aku kali ini...

(sori klu ayat merapu n mengarut-ngarut, aku memang tengah mengarut ni!!!)


Wednesday, October 7, 2009

yeaaaaaaaaa.............aku dah ada bukumuka(facebook)..

but, so bad.....aku tak pandai nak guna!!!!

sekian sahaja update terbaru daripada aku atas request ayaq....sekian!!!

Tuesday, August 25, 2009

walaupun dulu aku malas...

walaupun dlu aku amatlah malas...tp xsangka kemalasan aku tu dibalas juga dengan upacara konvokensyen akhirnya...

disini aku dedahkan beberapa gambar konvo aku untuk tatapan peminat-peminat aku(ada ke??)

by the way..to all my friends, eventhought we will gonna be very far in distance after diz...plz, keep in touch ok... i'm missing u oll so much!!!